Tuesday, January 25, 2011

Korang nak turunkan berat badan, Cuba la Green Fit! Terbukti berkesan


Kami harap anda sentiasa Ceria Cemerlang selalu hendaknya.

Post sebelum ini, kami ada bagi hint sikit pasal satu produk yang mana produk ini membantu di kalangan korang yang ada keinginan untuk mengambil diet. Ala dengan erti kata lainnya, nak menurunkan berat badan. Jadi disini kami nak kepada anda produk yang terbukti tidak menghampakan harapan anda untuk cuba kurus. Memang terbaik dari ladang gandum kami kategorikan produk ini. Upsss....terlupa, produk ini paling dikenali dengan panggilan Green Fit. (Tak payah la translate dalam bahasa melayu plak, kelako bunyinyer)

Green Fit ni sebenarnya bukanlah ubat julap. Produk ini sebenarnya membantu mereka yang mempunyai masalah seperti Sembelit, Buang air tak lawas, kegemukan, Obesiti dan sebagainya. Jadi produk ini teramat sesuai kepada mereka yang ada masalah macam kami sebutkan tadi la. Kompom tidak menghampakan terutama yang susah sangat nak buang air besar. Kadang-kadang seminggu tak buang air besar, lepas ambil Green Fit ni satu uncang 3 jam selepas makan, keesokan hari bilik air atau tandas di rumah korang akan meriah semacam. Terbukti berkesan beb.

Produk Green Fit ini sebenarnya masih baru lagi di pasaran. Kalau dekat farmasi memang tak jumpa sebab masih belum ada lagi market. Jadi, sesiapa yang baca post kat blog sahaja yang tau. Buat masa sekarang nih, produk ni dah mula mendapat tempat di kalangan masyarakat di negeri Johor, Melaka, Kedah serta Penang. Mungkin anda tertanya "Apa kaitan produk ini dengan menurunkan berat badan, boleh kurus ke kalau makan produk ni?". Sebenarnya memang ada perubahan selepas anda amalkan pengambilan Green Fit setiap hari. Cuba anda bayangkan, Kita ambil makanan bermacam-macam jenis, tapi bila buang cuma seketul atau sebutir jer. So mana pergi yang lain2 tuh. Dah tentu la diserap oleh badan kita. Baki yang tak berguna tu ditinggalkan dalam usus besar. Yang tertinggal dalam usus besar kita ni la yang perlu kita buang sebab kalau boleh memudaratkan badan kita. Dengan mengamalkan GreenFit, dia akan buang segala benda-benda tak elok yang masih melekat dalam usus kita umpama produk ini bertindak seperti SPAN yang diletakkan dalam botol susu yang kotor. Jadi jangan terkejut selepas anda ambil produk ini, keesokan hari anda akan berulang alik ke tandas melebihi dari biasa. Anda jangan risau, ianya bukan cirit birit tapi produk ini mengeluarkan saki baki bahan buangan yang tidak dapat dikeluarkan sewaktu anda membuang air besar sampai kan satu tahap, anda akan lihat dengan mata kepala anda sendiri bahawa rupa "taik hijau"  tu macam mana.

Bagi korang yang nak tengok cara penyediaan GreenFit ni, kami sediakan sedikit tutorial untuk korang tengok macam mana keadaan dan rupa produk ini.

Satu uncang Green Fit. Shaker ni dapat percuma dengan produk ni

Koyakkan uncang GreenFit tadi dan masukkan ke dalam Shaker

Tuangkan air masak sebanyak 250ml.

Masukkan ais batu bagi meningkatkan rasa enak greenfit nih

Tutup shaker

Shake hasil bancuhan tadi sehingga betul2 sebati

Hasil goncangan yang bakal menggegarkan perut anda. Tergoda tak?

Sedapnyer rasa GreenFit ni, macam rasa jus epal la!!!!!

Bagi yang pertama kali mengambil Green Fit, anda disyorkan mengambilnya setiap hari sehingga khatam 1 kotak. Selepas tu kalau anda nak beli lagi, anda jarakkan la selang sehari. Kalau beli lagi lepas tuh, jarakkan pula 2 hari sekali minum.

Pada yang berminat nak mencuba, boleh hubungi kami di sini. Segala pertanyaan atau soalan insyaallah kami sedia membantu.

Memang sungguh mujarab lepas ambil Green Fit nih. Pada yang mat atau minah sembelit tu, kalau tak cuba produk ni, memang rugi atau sembelit korang akan berterusan sampai bila2. Kalau tak percaya cuba dulu baru tau

Friday, January 21, 2011

Titan's Business Consultant | C.O.P @ Wisma Avail, Puchong

Salam sejahtera dan salam Ceria Cemerlang dari kami.

Azman Bidin? Siapa Azman Bidin nih? Dari mana dia ni datang? Anda kenal atau tak? Mungkin ramai yang masih belum kenal dengan nama Azman Bidin ni. Tetapi kalau mereka yang berada didalam dunia Network Marketing di Avail Beauty, memang sudah menjadi kewajipan untuk berkenalan dengan beliau. Jadi dikesempatan ini, biarlah kami ceritakan sedikit intro pasal diri beliau serba sedikit.

1. Merupakan bekas Akauntan Bertauliah di DRB HICOM Sdn. Bhd selama 13 tahun.

2. Mentor bagi Program Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

3. Merupakan salah seorang penasihat bagi Yayasan Pembangunan  Ekonomi Terengganu.

4. Merupakan Crown Manager di Avail Beauty dan bakal bergelar Super Crown Manager yang pertama di Asia Tenggara dengan pendapatan mencecah 6 angka sebulan.
Inilah dia CM Azman Bidin yang kami maksudkan tuh
 Di dalam sesi C.O.P semalam yang bermula tepat jam 9.00 malam, beliau banyak berkongsi cerita-cerita serta kenangan sewaktu beliau baru memulakan perniagaan di Avail Beauty ini. Lebih banyak kenangan pahit daripada kenangan yang manis. tetapi atas dasar mahu mengubah kehidupan serta nasib keluarga, beliau mengharungi segala liku-liku dengan penuh tabah serta kesabaran yang tinggi sehingga berjaya hingga ke hari ini.

Rakyat Malaysia masih lagi tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan potensi yang tinggi hasil daripada perniagaan tuala wanita herba ini. Mereka yang diluar sana beranggapan berniaga "PRODUK CELAH KANGKANG WANITA" ini sebenarnya tiada standard atau tiada class walhal produk ini mampu memberi pulangan yang lumayan serta jualan ulangan yang tinggi pada setiap bulan dengan hanya sekali promosi.

Majoriti mereka yang menyertai sebagai partner dalam perniagan ini adalah dari golongan yang sudah berada dalam kategori berpendapatan stabil tetapi masih lagi cuba mencari jalan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan dengan turut serta sebagai rakan perniagaan contohnya Dr, pensyarah, guru, Jurutera, eksekutif bank dan banyak lagi. Kalau diperhatikan betul-betul, mereka ini adalah terdiri dari mereka yang mempunyai latarbelakang akademik yang tinggi tetapi masih lagi membuka minda untuk merubah nasib keluarga serta anak-anak. Tetapi yang menjadi tanda tanya sekarang adalah mereka yang berpendapatan sederhana yang kurang sedar akan peluang perniagaan ini. Golongan ini berpendapat bahawa biarlah buat bisnes lain asalkan jangan melibatkan diri dengan bisnes MLM yang tak tau hujung pangkal serta keberkesanannya. Inilah atitud pemikiran mereka ini yang berpendapat bahawa semua MLM itu tipu dan mengkayakan orang atas. Kalau benar perkara ini berlaku, beliau sedia duduk semeja bercerita panjang lebar.

Sesi C.O.P berakhir pada jam 10.45 malam.

Setakat ni jer dulu. Lepas nih tunggu entri dari kami tentang satu produk yang boleh menurunkan berat badan serta cuci usus anda sampai bersih. Kalau korang yang pernah dengar dengan istilah, "KELUAR TAIK HIJAU", ada bukti dalam entri ni nanti. Tunggu........

Monday, January 17, 2011

Titan's - Team Building @ Bukit Tinggi, Mersing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada Tarikh 26hb-27hb November, leader-leader dari kawasan selatan telah menganjurkan satu TEAM BUILDING bagi memupuk semangat setiakawan dan semangat satu pasukan dalam menjalankan perniagaan. Perniagaan berteraskan rangkaian memerlukan sokongan padu yang kuat dan tidak berbelah bagi dari kalangan rangkaian yang lain. Inilah satu keunikan perniagaan berkonsepkan "Network Marketing", guru-guru adalah dari kalangan rakan-rakan network yang banyak membantu dari segi selok belok strategi perniagaan. Kalau dalam perniagaan secara konvensional atau turun temurun contohnya perniagaan nasi lemak keluarga kita, guru yang memberi tunjuk ajar adalah ibu bapa kita sendiri. Banyak ilmu yang perlu disampaikan agar perniagaan nasi lemak terus maju dan terus setia dihati pelanggan. Begitu juga dengan perniagaan lain, bak kata pepatah, berniagaan mesti ada ilmu dan bergurulah dengan guru yang betul. Di dalam bisnes Network Marketing, situasi ini harus dititikberatkan. Kita perlu banyak dan jangan malu bertanya untuk memperolehi ilmu agar terus berjaya. Jadi, salah satu caranya untuk membolehkan ilmu itu sampai ke dalam hati seterusnya menjadi pegangan hidup adalah dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti riadah sebegini.

Wajah ceria peserta Team Building
  
Matlamat sebenar team building ini diadakan adalah untuk membolehkan rakan-rakan network yang bernaung di bawah zon selatan untuk menunjukkan potensi serta bakat yang terpendam yang diri sendiri masih lagi tidak tau. Sebenarnya, tidak semua orang boleh melakukan perniagaan lebih-lebih lagi perniagaan yang melibatkan "network", kecuali orang yang betul-betul faham dan menghayatinya sahaja yang mampu bertahan dan kekal lama dalam Network Marketing. Jadi, di dalam sesi team building ini, peserta-peserta didedahkan dengan aktiviti yang betul-betul menguji minda serta mental tentang konsep perniagaan, attitude serta mindset yang betul serta selok belok perniagaan yang lain. Sesi Team Building ini dikendalikan sendiri oleh fasilitator-fasilitator yang terlatih serta mempunyai pengalaman yang luas dalam memberi latihan berasaskan aktiviti.



Suluh jangan tak suluh
Bagi mencapai matlamat dalam perniagaan, kita mesti mempunyai "target" atau matlamat untuk berjaya. Jadi setiap peserta mesti melakar dan mempunyai matlamat yang tersendiri untuk berjaya dalam perniagaan. Apabila matlamat sudah ada, maka jalan untuk berjaya pasti ada.

Hidup mesti ada matlamat, jadi perniagaan pun kena ada matlamat juga untuk berjaya
Wajah-wajah ceria para fasilitator
Aksi Bapa-bapa Ribena di tengah padang
Tiada sebab atau tiada alasan yang patut kita berikan untuk terus berjaya. Jadi dengan program ini diharap rakan-rakan Availian akan terus success serta tabah dalam menempuh cabaran dan dugaan berbisnes walaupun dengan hanya menjadi pengedar tuala wanita herba. Peluang tidak mencari kita tetapi kita yang mesti merebut peluang. Jadi jangan abaikan setiap peluang yang ada dihadapan mata. Avail!!!!!!! No.1, Avai!!!!!!! No.1