Wednesday, January 12, 2011

PEMBUNUH SENYAP BAGI KAUM WANITA, ADAKAH ANDA SEDAR?

Dizaman yang serba canggih dan serba moden ini, kaum wanita yang bekerjaya sentiasa menggunakan tuala wanita yang berkualiti rendah yang terdapat dipasaran untuk membolehkan mereka melakukan kerja harian mereka. Purata kaum wanita memperuntukkan kos untuk membeli tuala wanita pada setiap bulan adalah sebanyak RM10.00. Tetapi mereka masih lagi tidak sedar bahawa kos yang mereka keluarkan itu adalah untuk meracuni mahkota berharga milik mereka sendiri melalui pemakaian tuala wanita berkualiti rendah. Wanita dizaman millennium ini tidak mempunyai masa seperti ibu dan nenek kita pada zaman dahulu. Mereka terlalu menitikberatkan penjagaan mahkota mereka dengan mengamalkan pantang larang yang diwarisi turun temurun.

Apa yang menyedihkan disini, semenjak dari remaja lagi, mereka yang bergelar wanita telah mula didedahkan dengan produk tuala wanita pelbagai jenama yang terdapat dipasaran di saluran media massa dan juga di internet. Mereka seolah-olah terpedaya dan seperti dipukau dengan dakyah iklan produk tuala wanita yang dikatakan menjamin kebersihan dan mampu menyelesaikan segala masalah dalaman wanita tetapi hakikat disebaliknya adalah produk tuala wanita berkualiti rendah ini mampu mendatangkan mudarat dalam tempoh jangka pendak dan juga jangkamasa panjang. Untuk pengetahuan anda, kaum wanita di Malaysia membelanjakan RM140 juta pada setiap bulan untuk untuk membeli tuala wanita berkualiti rendah ini bagi meracuni diri mereka sendiri. 

Mungkin ramai golongan wanita berpendapat bahawa tuala wanita yang digunapakai adalah produk pilihan yang terbaik dan bebas dari bahan-bahan yang merbahaya dan dipercayai mampu untuk menampung cecair atau bendalir sekiranya didatangi haid. Tetapi sebenarnya, kaum wanita masih lagi belum sedar bahawa disebaliknya, tuala wanita berkualtiti rendah ini telah diperbuat dan dicampur dengan bahan-bahan kimia yang merbahaya untuk membolehkan ianya kelihatan putih, suci dan bersih. Dalam sedar tak sedar, ianya mampu membawa bencana kepada manusia secara senyap. Sebagai seorang lelaki yang bergelar suami atau anak lelaki yang bertanggungjawab dan sayangkan ibunya atau mempunyai adik perempuan yang menggunakan tuala wanita berkualiti rendah ini. adakah kita patut cuma hanya melihat dan membiarkan mereka terus hanyut dengan memakai produk berkualiti rendah ini. Kita harus sedar bahawa kaum hawa akan menggunakan tuala wanita berkualiti rendah ini selama mereka didatangi haid. 

MENGAPA KAMI KATAKAN TUALA WANITA ITU BERKUALITI RENDAH?

Secara realitinya, pulpa kayu itu asalnya sama seperti warna pada kulit kayu pokok. Mungkin anda tertanya bagaimana ianya bertukar menjadi sesuci bersih tanpa ada sebarang kotoran? Disinilah yang menjadi punca kepada segala masalah yang mana untuk menukarkan pulpa kayu itu agar kelihatan suci bersih, penggunaan agen peluntur serta bahan kimia yang merbahaya dalam proses penyucian adalah menjadi kunci utama masalah ini. Mungkin sewaktu awal permulaan terciptanya produk tuala wanita ini, kuantiti bahan kimia yang digunakan tidak dipantau secara berleluasa dan zaman sekarang ini, pelbagai teknologi yang digunakan dalam mengurangkan penggunaan bahan kimia dan agen peluntur ini, namun ianya sedikit sebanyak akan mengganggu sistem peranakan wanita berkenaan. Apabila melibatkan bahan kimia dalam proses pembuatan tuala wanita, maka akan wujudlah satu bahan toksik yang diberi nama "DIOKSIN", sejenis bahan toksik paling merbahaya di atas muka bumi ini.

APA ITU DIOKSIN?

DIOKSIN merupakan satu bahan kimia bertoksid yang paling kuat kesannya kepada manusia.Ia 130 kali ganda lebih bertoksik daripada Cyanide dan 900 kali ganda lebih berbahaya berbanding Arsenic.Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini.Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser).Banyak kajian perubatan membuktikan bahawa kandungan Dioksin pada tahap rendah masih berupaya mencetuskan risiko tinggi kanser payu dara,kanser usus,endometriosis,kanser ovari,keguguran, pelbagai masalah sakit puan yang lain.

APA KAITAN DIOKSIN DENGAN WANITA?

Kertas buangan,bahan kimia peluntur,agen fluorsen dan sebagainya adalah bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai buang yang terdapat secara meluas di pasaran.Kertas buangan seperti kertas kitaran semula,kertas tebal,kotak,pulpa kayu yang terdedah bakteria dan kuman berbahaya akan menjalani proses penyingkiran dan pelunturan berklorin untuk menjadikan ia lembut,putih dan bebas penyakit.Tetapi proses ini juga menyebabkan terhasilnya Dioksin yang menyerap dan kekal dalam bahan mentah yang telah diproses.Setelah segala proses selesai maka terhasillah produk tuala wanita, lampin bayi dan tisu dengan pelbagai jenama yang mengandungi Dioksin. 

KESAN DIOKSIN PADA KAUM WANITA?

Penggunaan tuala wanita berkualiti rendah di pasaran untuk jangka masa 35 tahun (purata tempoh haid wanita) akan menyebabkan dioksin meresap memasuki rahim dan tubuh wanita secara perlahan-lahan dan akhirnya mendatangkan masalah haid seperti senggugut,haid tidak teratur, sist,endometriosis,kemandulan, fibroid dan pelbagai masalah sakit puan yang lain.Jika tiada kesedaran merawat dan mengatasi masalah tersebut, kemungkinan besar risiko diserang kanser servik dan barah payu dara adalah amat tinggi. 



BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENGATASI MASALAH INI?

Disini, kami menyarakan kepada anda agar anda yang bergelar wanita supaya bertukar kepada Produk Tuala Wanita Herba FC Bio Sanitary Pad untuk keselesaan yang berpanjangan tanpa rasa risau akan masalah-masalah kesihatan lain.


4 comments:

joegrimjow said... Reply To This Comment

nasib baik lelaki!

SobriMansor said... Reply To This Comment

@joegrimjow

alhamdulillah kerana kita dijadikan sebagai seorang lelaki dan khalifah di muka bumi ini

Cik Ungu Kamila said... Reply To This Comment

seram la tengok gambar2 tu. minta dijauhkan la hendaknya.

SobriMansor said... Reply To This Comment

@Cik Ungu Violet

Kalau seram tutup mata sebelah yer. hehehe

Post a Comment