Tuesday, January 11, 2011

TAKLIMAT KEUSAHAWANAN BIO TUALA WANITA HERBA DI PUCHONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang bertandang ke blog ini.

Kita telah memasuki tahun 2011, tahun yang baru dengan semangat baru, cita-cita baru serta azam baru bagi memajukan lagi diri kita agar dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliing. Kami percaya, tentu anda masih tercari-cari peluang perniagaan yang boleh membantu diri anda sendiri bagi merubah kehidupan agar masayrakat sekeliling berasa kagum dan bangga dengan kejayaan anda.

Mencari peluang untuk memperolehi pendapatan sampingan memang terlalu banyak yang ada di luar sana seperti melakukan kerja-kerja tambahan di restoran makanan segera, berniaga pasar malam, menjual burger, menjadi agen insuran dan bermacam-macam lagi. Kami rasakan semua kerja-kerja yang anda lakukan itu memang merupakan satu kerja yang terlalu murni kerana anda mahu mengukuhkan kedudukan kewangan anda. Tetapi adakah anda sedar bahawa anda mampu melakukan semua kerja-kerja sampingan itu dalam tempoh 7 atau 8 tahun akan datang. Mampukah anda untuk terus melakukan rutin harian anda, apabila habis punch kad di ofis tempat anda bekerja makan gaji, anda terus pulang ke rumah, menukar baju dan keluar semula untuk buat "PART TIME" sehingga jam 11 malam. Sekiranya anda masih bujang, kami rasa anda mampu untuk melakukannya kerana anda masih tiada tanggungan, tetapi bagi yang sudah berumahtangga, tentu anda merasa penat untuk mengharungi rutin harian seperti ini.

Kami mempunyai kenalan atau rakan kongsi yang terlalu menyayangi keluarganya dengan sanggup bekerja lebih masa, mampu untuk buat "Part Time" di restoran, terpaksa korban masa pada hari Sabtu dan Ahad demi sesuap nasi untuk anak-anak dan isteri. Disini kita bayangkan betapa kita menjadi hamba kepada masa dan juga wang ringgit. Memang pepatah orang melayu pernah mengatakan "Duit itu boleh dicari". Tapi adakah anda sedar yang golongan ini telah merugikan masa mereka untuk orang yang lebih penting iaitu keluarga tercinta.

Kami juga dahulu turut sama seperti anda. Majoriti dari kami pernah bersusah payah untuk menyara keluarga. Tambahan pula duduk di kawasan bandar dengan sara hidup yang tinggi memang tidak cukup untuk menampung berbelanjaan seisi keluarga. Jadi dengan cara buat Part Time sahaja dapat meringankan beban keluarga.

Justeru itu, disini kami mahu membuka tawaran istimewa kepada anda diluar sana yang masih tercari-cari atau berniat untuk memperolehi pendapatan sampingan bersama-sama kami. Tawaran yang kami maksudkan bukanlah berbentuk wang ringgit tetapi merupakan taklimat keusahawanan Bio Tuala Wanita Herba yang mana taklimat ini diadakan secara PERCUMA pada setiap minggu bertempat di HQ Puchong. Sesi taklimat ini disampaikan oleh mereka-mereka yang telah berjaya menjadi seorang usahawan Bio Tuala wanita yang berjaya meraih pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan. Jadi, kami mempelawa anda untuk hadir bagi mendengar taklimat ini pada setiap malam SELASA untk anda faham dengan lebih mendalam tentang peluang perniagaan ini yang mampu merubah kehidupan anda serta keluarga anda. Sekiranya anda tidak keberatan dan mempunyai masa terluang, kami menjemput anda untuk hadir ke sesi taklimat ini pada:
Tarikh:     11 Januari 2011
Masa:      8.30 Malam
Tempat:   Wisma Avail,
               No 23, Jalan Kenari 17E,
               Bandar Puchong Jaya,
               47100 Puchong, Selangor
Pada malam ini kita menjemput seorang speaker yang didatangkan khas dari selatan tanah air yang juga merupakan seorang leader yang hebat yang telah berjaya meraih pendapatan ribuan ringgit sebulan dengan hanya berkongsi produk tuala wanita kepada rakan-rakan serta keluarga terdekat iaitu saudara Diamond Manager Nor edie bin Katmin. Sekiranya anda mahu mendengar perkongsian kejayaan beliau di dalam industri ini, anda boleh hadir sendiri ke alamat yang tertera di atas atau anda boleh menghubungi urusetia kami di talian 019-7552407 (Puan Farah) sekiranya ada pertanyaan lanjut.

Sekian. Berjumpa anda di puncak kejayaan.

0 comments:

Post a Comment