Monday, January 17, 2011

Titan's - Team Building @ Bukit Tinggi, Mersing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada Tarikh 26hb-27hb November, leader-leader dari kawasan selatan telah menganjurkan satu TEAM BUILDING bagi memupuk semangat setiakawan dan semangat satu pasukan dalam menjalankan perniagaan. Perniagaan berteraskan rangkaian memerlukan sokongan padu yang kuat dan tidak berbelah bagi dari kalangan rangkaian yang lain. Inilah satu keunikan perniagaan berkonsepkan "Network Marketing", guru-guru adalah dari kalangan rakan-rakan network yang banyak membantu dari segi selok belok strategi perniagaan. Kalau dalam perniagaan secara konvensional atau turun temurun contohnya perniagaan nasi lemak keluarga kita, guru yang memberi tunjuk ajar adalah ibu bapa kita sendiri. Banyak ilmu yang perlu disampaikan agar perniagaan nasi lemak terus maju dan terus setia dihati pelanggan. Begitu juga dengan perniagaan lain, bak kata pepatah, berniagaan mesti ada ilmu dan bergurulah dengan guru yang betul. Di dalam bisnes Network Marketing, situasi ini harus dititikberatkan. Kita perlu banyak dan jangan malu bertanya untuk memperolehi ilmu agar terus berjaya. Jadi, salah satu caranya untuk membolehkan ilmu itu sampai ke dalam hati seterusnya menjadi pegangan hidup adalah dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti riadah sebegini.

Wajah ceria peserta Team Building
  
Matlamat sebenar team building ini diadakan adalah untuk membolehkan rakan-rakan network yang bernaung di bawah zon selatan untuk menunjukkan potensi serta bakat yang terpendam yang diri sendiri masih lagi tidak tau. Sebenarnya, tidak semua orang boleh melakukan perniagaan lebih-lebih lagi perniagaan yang melibatkan "network", kecuali orang yang betul-betul faham dan menghayatinya sahaja yang mampu bertahan dan kekal lama dalam Network Marketing. Jadi, di dalam sesi team building ini, peserta-peserta didedahkan dengan aktiviti yang betul-betul menguji minda serta mental tentang konsep perniagaan, attitude serta mindset yang betul serta selok belok perniagaan yang lain. Sesi Team Building ini dikendalikan sendiri oleh fasilitator-fasilitator yang terlatih serta mempunyai pengalaman yang luas dalam memberi latihan berasaskan aktiviti.



Suluh jangan tak suluh
Bagi mencapai matlamat dalam perniagaan, kita mesti mempunyai "target" atau matlamat untuk berjaya. Jadi setiap peserta mesti melakar dan mempunyai matlamat yang tersendiri untuk berjaya dalam perniagaan. Apabila matlamat sudah ada, maka jalan untuk berjaya pasti ada.

Hidup mesti ada matlamat, jadi perniagaan pun kena ada matlamat juga untuk berjaya
Wajah-wajah ceria para fasilitator
Aksi Bapa-bapa Ribena di tengah padang
Tiada sebab atau tiada alasan yang patut kita berikan untuk terus berjaya. Jadi dengan program ini diharap rakan-rakan Availian akan terus success serta tabah dalam menempuh cabaran dan dugaan berbisnes walaupun dengan hanya menjadi pengedar tuala wanita herba. Peluang tidak mencari kita tetapi kita yang mesti merebut peluang. Jadi jangan abaikan setiap peluang yang ada dihadapan mata. Avail!!!!!!! No.1, Avai!!!!!!! No.1

0 comments:

Post a Comment