Monday, October 25, 2010

HANYA UNTUK YANG SEDANG MENCARI PELUANG, YANG TAK SUKA PELUANG TOLONG JANGAN BACA!!!

Apa yang kami kongsikan di sini adalah bagaimana cara serta jalan untuk anda memperolehi pendapatan bersama kami THE TITAN. Sememangnya perniagaan yang kami jalankan amat mudah kerana produk utama kami (killer product) adalah TUALA WANITA. Mengapa tuala wanita merupakan suatu perniagaan yang amat menguntungkan?? Sebabnya adalah:
  1. PRODUK WAJIB
  2. MEMPUNYAI JUALAN ULANGAN YANG TINGGI
  3. MAMPU DIBELI
Mungkin anda yang sedang membaca blog kami sekarang ini masih tidak sedar bahawa syarikat-syarikat pengeluar tuala wanita yang terkenal di dunia seperti UNILEVER(Pengeluar Kotex) dan Johnson & Johnson(Pengeluar Stayfree) menjadi salah satu syarikat yang terkaya di dunia kerana tuala wanita. Berniaga produk wajib yang sentiasa dicari-cari oleh pembeli adalah amat menguntungkan disebabkan oleh:
  • Nisbah penduduk di Malaysia adalah bersamaan dengan 28 Juta orang.
  • 50% daripada jumlah itu adalah wanita iaitu bersamaan dengan 14 juta orang kaum wanita.
  • Purata wanita membelanjakan RM10 untuk pembelian tuala wanita pada setiap bulan.
  • Nilai pasaran di Malaysia ~ >140 juta/bulan @ 1.68 billion setahun.
  • Oleh yang demikian, nilai pasaran dunia adalah lebih kurang 100 trillion setahun.
Mungkin ada yang baru perasan nilai wang yang kami nyatakan di atas atau yang sudah perasan tapi buat-buat tak perasan. Perniagaan tuala wanita merupakan lubuk utama untuk anda menjana pendapatan yang konsisten samada secara harian atau bulanan. 

Berniaga produk wajib wanita, nak tak nak wanita memang kena beli dan pakai produk ini tiap-tiap bulan. Belum ada lagi rasanya yang memang tidak pakai langsung masa datang bulan (period), kalau nak jimat pun pakai kain batik@kain lampin (boleh basuh), tapi persoalannya zaman sekarang ni sempat ker nak basuh? 

Produk kami adalah produk wajib, jualan ulangan pula cepat, ~ 3 minggu sekali bagi seorang wanita. Maksudnya kalau pelanggan beli dengan anda, anda telah mengikat kontrak dengan mereka secara tidak sengaja sehingga sampai tempoh menopous. Jikalau umur wanitapada ketika itu 25 tahun, dan wanita  itu akan menapous apabila mencecah umur 55 tahun, secara tidak langsung anda mengikat kontrak dengan wanita itu dalam tempoh 30 tahun. Wow….lama tuh….Tak payah cerita semua wanita di Malaysia beli dengan kita, cukup separuh perempuan di taman perumahan kita beli dengan kita SETIAP BULAN!! Tepuk poket, sendiri kira.. 

Kombinasi ciri-ciri produk yang amat menarik, Produk Wajib, Jualan Ulangan Tinggi dan produk ini Mampu Beli. RM10 sememangnya nilai yang ~ 90% rakyat Malaysia memang dah tersedia ada dalam poket@wallet@beg tangan bila keluar rumah. Tak perlu ke mesin ATM semata-mata nak beli tuala wanita. Betul kan?? Tuala wanita menjaga mahkota yang paling berharga untuk wanita. Kalau wanita masih berkira nak jaga mahkota yang satu tu, tak tau nak cakap apa lagi. 

Dah ramai yang berjaya buat perniagaan TUALA WANITA terutama di dalam syarikat AVAIL. Sememangnya nak berjaya memerlukan usaha dan ilmu. Jangan risau, kami boleh membantu anda untuk berjaya selagi anda sememangnya bersungguh untuk berjaya. Yang Pelik Itu Peluang (Crown Manager Azman Bidin), satu ungkapan yang amat kami setuju. Hanya orang yang bijak dan nampak sahaja akan faham apa yang kami maksudkan. Kejayaan Bukan Kebetulan, Kegagalan Pasti ada Sebab-Sebabnya (Mr. Khoo, MD AvailBeauty Sdn. Bhd) 

Sekian. Jumpa lagi pada info yang akan datang.


Thursday, October 14, 2010

THE TITAN – Menggapai kejayaan bersama-sama kami

Salam sejahtera dan salam ceria kami ucapkan…….

Sedar tak sedar, kita dah nak sampai ke penghujung bulan Syawal dah. Dah nak genap sebulan kita beraya meraikan kejayaan kita menahan lapar dan dahaga, menahan hawa nafsu serta godaan syaitan. Disamping itu juga, kemungkinan di rumah anda ada tertinggal saki baki kuih raya yang tak sempat untuk dihabiskan. Jadi pada anda yang bekerja, silalah bawak kuih raya tu ke pejabat anda dan berikan kepada kawan-kawan satu ofis anda merasa. Itu juga merupakan satu amal jariah kerana memberiorang makan. Betul tak.

“Menggapai kejayaan bersama-sama kami THE TITAN”, mungkin anda merasakan entri kali ini cuba mempengaruhi anda untuk buat MLM. Sebenarnya bukan itu maksud kami. Kami sebenarnya menjalankan perniagaan ini bukan disebabkan MLM itu sendiri tetapi disebabkan kuasa produk itu sendiri yang mana tidak dipunyai oleh mana-mana syarikat jualan langsung yang lain. Setiap perniagaan memerlukan produk dan produk itu pula adalah merupakan kunci kejayaan sesebuah syarikat. Kekuatan produk memainkan peranan yang penting dalam jatuh bangun sesebuah perniagaan. Disini, kami memilih produk tuala wanita herba adalah kerana kuasa produk itu sendiri untuk membantu para wanita yang bermasalah agar bebas dari gejala-gejala seperti FIBROID, SIST OVARI, KANSER SERVIK, KANSER PAYU DARA dan bermacam-macam lagi. Ramai yang tidak sedar pemakaian tuala wanita berkualiti rendah secara kerap mampu menyebabkan seseorang wanita mendapat barah adalah terlalu tinggi. Jadi, disini wujud satu kekuatan produk kami yang mana ianya adalah lain dari yang lain dan berkualiti tinggi.

Berniaga bukan untuk jadi kaya raya, tetapi mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Jika tujuan berniaga adalah untuk menjadi kaya raya, bermakna tidak lama jangka hayat perniagaan yang anda ceburi.

Sekian untuk entri kali ini dari kami THE TITAN’S

Friday, October 1, 2010

Selamat Datang dan Salam Ceria dari kami The TITAN’s……

Salam Sejahtera kami ucapkan kepada anda yang berkunjung ke blog ini. 


Kami mengucapkan SELAMAT DATANG kepada anda kerana sudi singgah dan bertandang sebentar ke blog ini. Buat masa sekarang, blog ini masih lagi dalam proses penambahbaikan dari segi templet dan bahan-bahan untuk tatapan anda semua. Insyaallah, akan siap dalam tempoh seminggu lagi. 


Pertamanya, biarlah kami perkenalkan diri kami terlebih dahulu siapa sebenarnya di sebalik nama Titan's Business Consultant ini. Titan's Business Consultant ini sebenarnya adalah hasil buah fikiran 3 orang anak muda dari seluruh pelusuk tanah air Malaysia yang bergiat aktif didalam industri perniagaan membekalkan tuala wanita herba. Dengan berbekalkan ilmu dan perkongsian pengalaman serta untuk memudahkan para pelanggan merujuk tentang perniagaan yang kami jalankan, maka timbullah idea untuk menubuhkan satu kumpulan perniagaan ini. Matlamat kami pada tahun ini adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin bakal-bakal usahawan yang berminat untuk menceburkan diri didalam industri perniagaan membekalkan tuala wanita herba ini. 


Sebagai permulaan kami akan perkenalkan diri kami terlebih dahulu iaitu:
Subha The Peacemaker (Pengedar kami di kawasan Skudai, Johor Bahru)

Sobri The Sharpshooter (Pengedar kami di kawasan Putrajaya, Bangi, Dengkil)

Syed Izwan The Blocker (Pengedar kami di kawasan Serdang, Balakong, Equine Park)

Miss Nabila The Tomb Rider (UPM, Kuantan, Sg.Besi)
Insyaallah, dalam masa terdekat ini kami akan ceritakan secara lebih lanjut tentang diri kami dan bagaimana kami boleh terlibat secara langsung dengan perniagaan ini. Dengan terciptanya blog ini secara tak langsung kami dapat mempromosikan produk kami di dunia maya dan secara tak langsung menyahut seruan kerajaan untuk melibatkan aktiviti perniagaan secara online menerusi internet.

Sekian dari kami dan berjumpa lagi dalam post yang akan datang.

Salam sejahtera dari kami The Titan's Business Consultant.