| SIAPA KAMI |

TITAN dianggotai oleh 3 orang anak muda yang menetap di sekitar Semenanjung Malaysia. TITAN ditubuhkan adalah untuk memudahkan kami berkongsi ilmu tentang perniagaan yang sedang kami jalankan iaitu sebagai pembekal tuala wanita herba. Atas dasar mahu memajukan syarikat dan juga dasar prihatin terhadap masalah dan penyakit wanita zaman sekarang, kami memegang amanah untuk berkongsi produk ini keseluruh pelusuk tanah air tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira bangsa, tidak kira agama, tidak kira tua atau muda dan yang sewaktu dengannya. 

Pemilihan nama TITAN dibuat dan dipilih oleh ahli group sendiri bersempena dengan nama di dalam cerita "Remember the Titan" lakonan Denzel Washington. Nama TITAN tiada apa-apa maksud yang jelas di dalam mana-mana kamus dan juga di dalam laman web wikipedia. Jadi kalau dilihat dari jalan cerita Remember The Titan itu, memang jelas sekali TITAN itu bermaksud kesepakatan, semangat juang yang tinggi dan jitu, semangat kerjasama, kekuatan dan juga kegagahan. 
Disini kami akan memperkenalkan diri kami secara lebih terperinci kepada anda siapa kami sebenarnya di sebalik perniagaan yang sedang kami jalankan sekarang untuk tatapan anda semua.


SUBHA - THE PEACEMAKER




Nama sebenar adalah Mohd Subha bin Salleh, berumur 31 tahun. Sekarang menetap di Skudai, Johor. Memiliki Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Sains Komputer dan juga Master dalam Sains Komputer dari UTM Skudai, Johor. Memulakan perniagaan sebagai pengedar tuala wanita herba pada bulan May 2010. 

Dalam tempoh 5 bulan menjalankan perniagaan sebagai pembekal tuala wanita herba di sekitar kawasan Skudai, beliau telah berjaya membekalkan produk tuala wanita herba ini ke setiap farmasi-farmasi, kedai-kedai runcit dan juga toko-toko jamu. Selain itu, beliau turut mengembangkan rangkaian perniagaan ke kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak. 

Sebab mengapa beliau tertarik dengan perniagaan tuala wanita herba ini adalah kerana produk tuala wanita herba ini mampu menyembuhkan penyakit kepada para wanita yang mengalami masalah kesihatan dalaman seperti fibroid, kanser, period tidak teratur, senggugut yang teruk dan sebagainya. Beliau juga berpendapat adalah unik dan janggal sekiranya produk ini dipasarkan oleh kaum lelaki. Disitulah timbul keunikan yang mana orang lelaki tak buat, tetapi beliau sahaja yang buat perniagaan ini.

Sekiranya anda yang singgah ke blog ini ingin berkenalan dengan lebih dekat atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan ini, anda boleh menghubungi beliau melalui email di vistaastala@yahoo.com atau anda boleh hubungi beliau di talian 019-753 3883.


SOBRI - THE SHARPSHOOTER




Ahmad Sobri bin Mansor nama diberi. Berasal dari Sungkai, Perak dan sekarang menetap di Putrajaya. Berkelulusan Bachelor Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2004 dan sekarang merupakan salah seorang pegawai di dalam sektor kerajaan. Telah berumahtangga dan mempunyai 2 orang cahayamata. 

Beliau telah menceburkan diri didalam perniagaan pembekal tuala wanita herba pada bulan Julai 2010 yang lalu setelah diperkenalkan oleh rakan kepada isteri beliau. Secara kebetulan, beliau memang sedang mencari-cari peluang untuk menambah pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan untuk keluarga. 

Apa yang membuatkan beliau tertarik dengan perniagaan ini adalah disebabkan faktor jualan ulangan. Setiap wanita di dunia mesti memakai tuala wanita untuk aktiviti harian. Tambahan pula wanita yang sedang didatangi "Haid". Jadi dengan produk tuala wanita herba ini, ianya mampu mendapat jualan ulangan bermula dari wanita itu didatangi bulan sehingga mencapai tempoh "Menopous". Secara tidak langsung, jualan ulangan tersebut akan  terus  kekal umpama kita telah mengikat kontrak selama mana wanita tersebut didatangi Haid tanpa kita sedari. 

Sekiranya anda mahu menghubungi beliau atau mahu bertanya lebih lanjut tentang perniagaan ini, anda boleh terus email ke sobri1980@gmail.com atau sms ke 019-2663459 untuk pertanyaan lanjut.

SYED - THE GAMBLER

Nama diberi Adalah Syed Izwan bin Syed Omar. Umur 30 tahun serta bekerja sebagai Network Engineer di salah sebuah syarikat swasta di Lembah Klang. Berkelulusan Bachelor Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2003. Masih lagi belum berumahtangga dan buat masa sekarang sedang fokus untuk membuka kedai aksesori peralatan wanita di Taman Equine Park, Puchong secara sambilan.

Walaupun masih lagi belum berumahtangga, beliau merasakan dengan hanya bekerja makan gaji masih lagi belum cukup untuk menampung keluarga dikampung dan juga keperluan peribadi. Beliau merasakan hidup di kawasan bandar dan sesak dengan penduduk memerlukan kos yang tinggi untuk terus hidup. Jadi beliau mengambil peluang dengan menceburi bidang perniagaan sebagai pendapatan sampingan. Gerai beliau di taman Equine Park masih lagi dalam proses untuk memasukkan barang dan akan dibuka dalam masa yang terdekat.

Beliau berminat untuk menjadi pengedar tuala wanita herba ini kerana merasakan bahawa wanita amat memerlukan produk ini untuk kegunaan masing-masing. Disamping perniagaan beliau yang ada kaitan dengan wanita, beliau mengambil peluang ini untuk turut serta menjadi pengedar tuala wanita herba dan secara tidak langsung akan mempromosikan produk ini di gerai beliau kepada orang ramai. 

Jik anda yang duduk berdekatan dengan kawasan Taman Equine Park, bolehlah menziarahi dan melawat kedai beliau di sana dengan menghubungi beliau di talian 016-3683641 untuk pertanyaan lanjut.

0 comments:

Post a Comment