Friday, October 1, 2010

Selamat Datang dan Salam Ceria dari kami The TITAN’s……

Salam Sejahtera kami ucapkan kepada anda yang berkunjung ke blog ini. 


Kami mengucapkan SELAMAT DATANG kepada anda kerana sudi singgah dan bertandang sebentar ke blog ini. Buat masa sekarang, blog ini masih lagi dalam proses penambahbaikan dari segi templet dan bahan-bahan untuk tatapan anda semua. Insyaallah, akan siap dalam tempoh seminggu lagi. 


Pertamanya, biarlah kami perkenalkan diri kami terlebih dahulu siapa sebenarnya di sebalik nama Titan's Business Consultant ini. Titan's Business Consultant ini sebenarnya adalah hasil buah fikiran 3 orang anak muda dari seluruh pelusuk tanah air Malaysia yang bergiat aktif didalam industri perniagaan membekalkan tuala wanita herba. Dengan berbekalkan ilmu dan perkongsian pengalaman serta untuk memudahkan para pelanggan merujuk tentang perniagaan yang kami jalankan, maka timbullah idea untuk menubuhkan satu kumpulan perniagaan ini. Matlamat kami pada tahun ini adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin bakal-bakal usahawan yang berminat untuk menceburkan diri didalam industri perniagaan membekalkan tuala wanita herba ini. 


Sebagai permulaan kami akan perkenalkan diri kami terlebih dahulu iaitu:
Subha The Peacemaker (Pengedar kami di kawasan Skudai, Johor Bahru)

Sobri The Sharpshooter (Pengedar kami di kawasan Putrajaya, Bangi, Dengkil)

Syed Izwan The Blocker (Pengedar kami di kawasan Serdang, Balakong, Equine Park)

Miss Nabila The Tomb Rider (UPM, Kuantan, Sg.Besi)
Insyaallah, dalam masa terdekat ini kami akan ceritakan secara lebih lanjut tentang diri kami dan bagaimana kami boleh terlibat secara langsung dengan perniagaan ini. Dengan terciptanya blog ini secara tak langsung kami dapat mempromosikan produk kami di dunia maya dan secara tak langsung menyahut seruan kerajaan untuk melibatkan aktiviti perniagaan secara online menerusi internet.

Sekian dari kami dan berjumpa lagi dalam post yang akan datang.

Salam sejahtera dari kami The Titan's Business Consultant.

2 comments:

Anonymous said... Reply To This Comment

tom rider la plak... good2..tapi pic kita xde plakkan..nnt nabilla bg k...

SobriMansor said... Reply To This Comment

ada maksud di sebaliknya tuh....kasi cepat skit. Bleh kami masukkan dalam header.....lagi senang orang nak entertain....hehehehe

Post a Comment