Friday, January 21, 2011

Titan's Business Consultant | C.O.P @ Wisma Avail, Puchong

Salam sejahtera dan salam Ceria Cemerlang dari kami.

Azman Bidin? Siapa Azman Bidin nih? Dari mana dia ni datang? Anda kenal atau tak? Mungkin ramai yang masih belum kenal dengan nama Azman Bidin ni. Tetapi kalau mereka yang berada didalam dunia Network Marketing di Avail Beauty, memang sudah menjadi kewajipan untuk berkenalan dengan beliau. Jadi dikesempatan ini, biarlah kami ceritakan sedikit intro pasal diri beliau serba sedikit.

1. Merupakan bekas Akauntan Bertauliah di DRB HICOM Sdn. Bhd selama 13 tahun.

2. Mentor bagi Program Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

3. Merupakan salah seorang penasihat bagi Yayasan Pembangunan  Ekonomi Terengganu.

4. Merupakan Crown Manager di Avail Beauty dan bakal bergelar Super Crown Manager yang pertama di Asia Tenggara dengan pendapatan mencecah 6 angka sebulan.
Inilah dia CM Azman Bidin yang kami maksudkan tuh
 Di dalam sesi C.O.P semalam yang bermula tepat jam 9.00 malam, beliau banyak berkongsi cerita-cerita serta kenangan sewaktu beliau baru memulakan perniagaan di Avail Beauty ini. Lebih banyak kenangan pahit daripada kenangan yang manis. tetapi atas dasar mahu mengubah kehidupan serta nasib keluarga, beliau mengharungi segala liku-liku dengan penuh tabah serta kesabaran yang tinggi sehingga berjaya hingga ke hari ini.

Rakyat Malaysia masih lagi tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan potensi yang tinggi hasil daripada perniagaan tuala wanita herba ini. Mereka yang diluar sana beranggapan berniaga "PRODUK CELAH KANGKANG WANITA" ini sebenarnya tiada standard atau tiada class walhal produk ini mampu memberi pulangan yang lumayan serta jualan ulangan yang tinggi pada setiap bulan dengan hanya sekali promosi.

Majoriti mereka yang menyertai sebagai partner dalam perniagan ini adalah dari golongan yang sudah berada dalam kategori berpendapatan stabil tetapi masih lagi cuba mencari jalan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan dengan turut serta sebagai rakan perniagaan contohnya Dr, pensyarah, guru, Jurutera, eksekutif bank dan banyak lagi. Kalau diperhatikan betul-betul, mereka ini adalah terdiri dari mereka yang mempunyai latarbelakang akademik yang tinggi tetapi masih lagi membuka minda untuk merubah nasib keluarga serta anak-anak. Tetapi yang menjadi tanda tanya sekarang adalah mereka yang berpendapatan sederhana yang kurang sedar akan peluang perniagaan ini. Golongan ini berpendapat bahawa biarlah buat bisnes lain asalkan jangan melibatkan diri dengan bisnes MLM yang tak tau hujung pangkal serta keberkesanannya. Inilah atitud pemikiran mereka ini yang berpendapat bahawa semua MLM itu tipu dan mengkayakan orang atas. Kalau benar perkara ini berlaku, beliau sedia duduk semeja bercerita panjang lebar.

Sesi C.O.P berakhir pada jam 10.45 malam.

Setakat ni jer dulu. Lepas nih tunggu entri dari kami tentang satu produk yang boleh menurunkan berat badan serta cuci usus anda sampai bersih. Kalau korang yang pernah dengar dengan istilah, "KELUAR TAIK HIJAU", ada bukti dalam entri ni nanti. Tunggu........

0 comments:

Post a Comment